STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500
Pembayaran
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat
dalam bentuk baucer tunai, bermula Ahad ini. Pembayaran secara
berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac
depan.
Baucer itu boleh
ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di
seluruh negara. Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai
Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status
permohonan. Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my. Insyallah anda akan dapat serta merta status permohonan anda.
Sehingga Selasa
lalu, sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan
daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan. Baki permohonan sedang
diproses dan dijangka selesai esok.
Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
Bagi pemohon yang
gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh
diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun
menerusi laman web www.treasury.gov.my.