~ HoW I mEt yOu B...~



4 Julai 2014 ( Jumaat )
Oklah...dah lama aku tak celoteh dalam ni kan..maklumlah bile dah berbadan dua nih macam ala-ala penat sket la kan..tapi apa pun kandungan aku yang dah lebih 3 bulan nih, aku dah semakin ok sket dari mula lah sebab aku dah tak morning and evening sickness dah.. even sekarang aku dah boleh la memasak sket, kalau aritu mula-mula aku nak berdiri lama pun tak boleh, aku jadi pening tapi memang aku low blood tu sebab aku tak leh berdiri lama tapi mr shaid aku tu tak paham..huiiisshhh..susah gak kalau laki yang tak faham. Tapi, mr shaid aku tetap masakkan untuk aku walaupun dia penat balik kerja..tapi memang la mr shaid aku ni cuba gak masak sebab dia tak suka makan kat luar..
Tapi akhir-akhir ni aku boleh gak masak, aritu aku masak laksa dan seperti biasa mr shaid aku ni memang suka menyebok kat dapur sebab dia tak confident aku leh masak..hehehe..takpelah, asalkan dia bahagia. Tapi akhirnya dapatlah mr shaid aku makan laksa sebab dia mengidam dah lama. Walhal aku yang mengandung tapi dia yang lebih mengidam, serious mengidam dia lebih dari aku, Alhamdulillah aku tak mengidam yang bukan-bukan. kang susah lak mr shaid aku nak layan. Tak macam kawan aku Fara, mengidam dia bukan main dahsyat, nasib baik laki dia boleh layan..hahaha..




12 Feb 2014 ( Rabu )

Hari ni hari Selasa, aku pun dah tak tahu nak kira hari macam mana dah..entahlah..ikut je lah hari tu..
Last week Ahad, B aku telah dilanda bosan so dia ajak la aku g jenjalan..sesaja nak buang masa dan duit...hurrmmm..
Kira rasa macho la tu dengan seluar koyak2 dia tu..
Gelato@Pavillion



26 Dis 2013 ( Khamis )

Ermmm...semakin hari semakin rindu aku pada B..walaupun setiap hari berjumpa...rindu aku tetap bertambah tanpa rasa jemu...namun B juga semakin rindu pada aku..
Makin hari hubungan kami bertambah baik,alhamdulillah..aku juga telah banyak berubah walaupun sikit demi sedikit demi orang yang aku cintai..namun hubungan semakin baik..walaupun pelbagai dugaan aku tempuh tetapi demi cintaku padanya aku tetap terus tabah menghadapi dan masih mampu membantu dan menyokongnya..kerana aku amat menyintai nya..aku hanya mampu berdoa agar hubungan kami hingga ke jannah..amin...
Walau apa pun berlaku, aku dan B tetap akan mempertahankan cinta kami..aku sangat bertuah kerana mengenali B..sangat bersyukur kerana ada nya dia..




12 Nov 2013 ( Selasa )

Yang benda ni memang sangat sweet sebab tak sangka lak bakal laki aku ni jiwang karat..hurmmm...boleh lak tengah aku diskus pasal wedding dia boleh tulis cite jiwang dalam buku aku..hahaha...sweet gile B aku nih...hurrmmm...happy sangat bila baca yang dia tulis...


Ni lah terjemahan yang telah B aku tulis..heeee

"Cinta hanya satu, satu untuk selamanya.. 
 Andai hilang cinta itu, maka ia akan hilang selamanya..
 Tiada pengganti, tiada lain yang di impi. 
 Semoga cinta ku akan tetap menjadi milik aku untuk selamanya. 
 Hati aku untuk dia, dia juga hanya untuk aku.
 Janji aku tetap untuk dia, dia impian aku, aku impian dia.. 
 Selamanya untuk kami..
 Kebahagiaan hanya untuk kami.. 
 Terima kasih Baby sebab buat B bahagia. 
 B sayangkan Baby selamanya.
 Andai sakit itu buat kita semakin bahagia, B sanggup sakit untuk seumur hidup B.. 
 Tiada impian yang lebih indah selain impian memiliki Baby. 
 Hidup B tidak akan tenang seandainya Baby tiada disisi B. 
 Jauh dari Baby satu penyeksaan yang amat menyeksakan. 
 B sentiasa mahu  Baby disisi B setiap waktu. 
 B cintakan Baby. "

** Terasa terlalu bahagia bila di cintai sebegini...Terima kasih B kerana menyintai Baby..




24 Okt 2013 ( Khamis )


Alhamdulillah...selesai semua nya...semua berjalan dengan lancar..semoga perjalanan seterusnya akan lebih baik dan diberkati oleh Nya...semoga perancang kami berdua akan berjalan dengan lancar dan baik..insyaAllah..Amin..moga niat kami yang baik ini akan menjadi kenyataan dan akan terus bahagia di dunia dan akhirat.. Pada 13 Oktober yang lalu, keluarga Shaid telah datang merisik aku dan ini membuat aku merasakan sangat bahagia setelah ada sedikit ikatan dengan nya..insyaAllah aku akan jadi isteri yang baik padanya kelak.. semoga hubungan kita ini akan berkekalan hingga ke Syurga ye B..amin...

akhirnya..Alhamdulillah...
khusyuk nye b saya ni...



23 Sept 2013 ( Isnin )

Masa Nurul bertunang pun aku dengan Shaid pergi kerana aku pun dah berjanji akan hadir dengan kek Secret Recipe untuk tambahkan hantaran Nurul..hehehe...yang best nya Shaid sanggip juga teman aku walaupun dia bekerja..penat-penat pun dia teman aku juga..cuma dia bernasib baik lah kerana aku ni pandai bawa kereta..hahaha..boleh la juga dia rehat walaupun dia tak nak tido..hurmmm... si Nurul ni pulak dah la fly ke UK dah..hisshhhh...lama lagi la nak jumpa dia nih..hehhee, kalau ada duit lebih nak g honeymoon kat sana sementara Nurul ada..huuuu

Sian B aku kena masak satay...walaupun penat..heeee..yang tinggal menantu pak Shaidin je..
Masih senyum walaupun penat...
Miss her...
Hantaran yang simple..but berbaloi-baloi..hahaa
Me and my lovely cousin
My lovely cousin..hurmmm..miss her lah..
Anak-anak buah aku yang mengacau orang memasak kat dapur..
weena yang baru bangun tido..hehehe
Tak lama lagi la ni ye B..hahaha


23 Sept 2013 ( Isnin )

Semalam B aku tanya secara tiba-tiba...Baby dah tak sayangkan B ke? aku tanya nape B tanya camtu..dia kata sebab aku dah tak update pun blog ni pasal aku dengan dia...hahaha..gelak aku dengar..comel sangat soalan dia..so aku pun explain la..pas aku habis show,opis aku lak tak benti-benti renovate..satu floor hokay..dengan habuk nya..sepah nya..dah macam tempat pelarian..ni baru aku update balik..hahaaa..sayang B..




Teman B g kawan dia wedding kat bangsar..yellow kaler..hehee




28 Ogos 2013 ( Rabu )


Hurrmmm...dah lama tak update page aku nih....yelah...busy dengan show pas raya nih...berderet majlis nye..hehhee..
Sebenarnya cuma nak update pasal aku dengan Shaid masa bulan puasa yang lalu..aku dengan Shaid pergi ke I-City di Shah Alam untuk berbuka di sana..memang dah lama lah tak pergi,pernah sekali je pun pergi tapi entah...tak sempat la nak explore semua..
Tapi sekarang ni memang dah banyak gak la barang-barang nya..
Tapi memang takde tempat yang best nak berbuka pun dalam tu...heeeee



sayang B sangat-sangat



29 Julai 2013 ( Isnin )

Minggu yang lepas, aku dengan Shaid berbuka dengan sepupu aku Acal di Shah Alam... Tak sangka lak Shah Alam ni penuh dengan manusia yang berbuka di luar..huh...aku dengan Shaid  dah pai awal tapi takde lak terpikir nak booking tempat sebab fikir tak la ramai yang nak berbuka di luar...lain la cam aku ni yang masih tak berkahwin lagi..heheheh..pastu si sepupu aku pun lambat gak pai, walhal dorang duk PJ jer..hehehe...so sebabkan lambat...last place yang kosong McDonald jer..hishh...tak best langsung..huh..takpelah...itu je rezeki yang ada..hahaa
Pastu ahad tu aku dengan Shaid berbuka di Sungai Buloh jer..kat Restoran Al-Edrus..

cozy aku dengan anak2 nya...








23 Julai 2013 ( Selasa )

Hari Sabtu aritu aku dengan Shaid balik ke Gopeng untuk berbuka puasa bersama keluarga aku dan sekaligus abah aku nak bagitau dia pasal aku dengan Shaid. Jadi pas abah aku cakap, aku harap Shaid dah buat keputusan yang tetaplah. Tapi aku dengan Shaid dah plan nak beli barang2 hantaran dari sekarang supaya tak lah beban sangat nanti..hurmmm..
Hari Sabtu yang kitorang sampai, aku dan Shaid terus ke Mydin beli barang-barang mentah untuk masak berbuka puasa. Shaid berkobar untuk masak sebenarnya..hahah..aku pun suka nak belajar...huhuhuhu...yang best nya masa beli barang kat Mydin tu, best sangat beli barang sama-sama...heeee...
Menjelang petang Sabtu tu, Shaid masak Siakap 3 Rasa, Sayur Campur, Sotong Masak Cili dan Ayam Bakar tapi ayam bakar tu angah aku yang buat..hehehe...
Tapi yang bestnya aku dapat tolong Shaid masak dan tak sabar nak kahwin dengan dia dan masak hari-hari camtu dengan dia..heeee

Pastu hari Ahad petang tu kitorang balik sebab takot jem...so aku dan shaid berfikir nak buka katne...last-last kitorang terus ke Putrajaya...buka kat Taman Warisan...boleh la tahan buka kat situ..Roti John dia sedap la jugak..
Sampai awal kan...takde keje la nih..hehee

Air yg sampai awal buat aku dengan Shaid terliur..hisshhh (air kelapa laut vanila dan coconut shake)





17 Julai 2013 ( Rabu)

Bulan Ramadhan ni aku dengan Shaid masih lagi berjumpa pada hari weekend untuk berbuka bersama-sama. Tahun ini Ramadhan aku lebih bermakna kerana dapat berbuka dengan orang yang aku cintai..tak lah aku keseorangan seperti tahun-tahun dulu.. Aku dan Shaid juga tidak sabar untuk berpuasa bersama tidak lama lagi, tidak sabar untuk menempuh Ramadhan bersama selepas berkahwin..InsyaAllah...
Minggu ni aku dan Shaid akan balik ke rumah keluarga aku di Gopeng untuk berbuka dan bersahur bersama-sama. Shaid plan nak masak untuk berbuka puasa nanti.. banyak yang di plan nak masak..hahaha...maklumlah orang pandai masak.heeee...aku ni boleh la bantu dia dan tak sabar sebenarnya nak masak dengan Shaid di rumah..hehehe...mesti menarik...hehhee, B...cant wait balik kampung nih..heeeee



27 Jun 2013 ( Khamis )

Minggu lepas aku dan shaid meluangkan masa di Melaka sebab dah bosan duduk KL nih..hehhee...jadi kami pun plan awal nak ke sana tapi malangnya kitorang tak dapat nak jalan sangat sebab jerebu teruk tapi disebabkan dah plan, kitorang pergi juga. Aku ni kalau dah plan, tak mau nye nak tukar..hehehe...aku akan blur nak buat benda lain dan aku tak suka nak tukar-tukar last minit..huh! So, kami pun teruskan jua lah plan tuu...




Sambil tu buat foot treatment kat mahkota parade..hahaha...







Makan lagi lah






13 Jun 2013 ( Khamis )

Baru hari ni aku dapat update blog aku sebab busy sesangat dengan show kat Johor tu..sebab aritu dah start practise sume kan..hehhee
So, masa aku out station ke Johor hari tu aku tak dapat lah jumpa dengan dia...maka terjadilah rindu rinduan yang amat sangat..memang aku dengan dia tak sanggup nak berjauhan hinggakan aku dengan dia bertekak sekejap..semua ni berlaku pun sebabkan kami merindui satu sama lain terlampau sangat..huh!! Penat gak jauh camni.. Kalau boleh aku dengan dia tak mau berpisah langsung.. Aku balik dari Johor hari Ahad..jadi dia terus jumpa aku lepas kerja sebab rindu sangat kan.. Hari Isnin lak kitorang yang pergi Johor tu KP bagi cuti sebab dah johan keseluruhan, jadi buah hati aku datang gak jumpa..sanggup kensss sebab rindu sangat..walaupun dia penat..sian gak kat dia sebab datang gak jumpa aku.. :(   
Tapi hingga hari ini aku dengan dia terus bahagia...semoga hubungan kami akan terus begini...bahagia hingga akhir hayat kami...AMIN..




My love Baby...












21 Mei 2013 ( Selasa )

Aku banyak menghabiskan masa bersama dengannya.. Masa kami banyak diluangkan bersama.. kami amat bahagia bersama..semoga hubungan kami hingga ke jinjang pelamin dan hingga akhir hayat..Amin..
Memang kekadang aku agak tertekan kerana ramai juga yang bertanya kan tentang bila akan berlangsungnya perkahwinan kami..memang aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi dia sentiasa beri aku jawapan yang tenang dan membuatkan aku terus tenang dan bersabar untuk menunggu nya..Sekarang ni aku cuma mampu berdoa agar Allah memberi kemudahan padanya untuk melakukan semuanya..AMIN..


Dia yang sentiasa membuat lawak 'tut'..hahhaa

Memang dia sentiasa membuat aku ketawa...ni bukan cerita tapi benar..hehehe

Love him soooo much



17 Mei 2013 ( Jumaat )



Waktu telah mempertemukan kita, waktu yang membuktikan besarnya cinta kita untuk bersama hingga akhir hayat kita…hingga di alam Sana..
Aku sedar aku tidak sempurna, tetapi engkau menyempurnakan aku dengan hadirnya cintamu B.
Mencintaimu adalah keinginanku, dimilikimu adalah dambaanku, meskipun jarak kita menjadi pemisah, namun hati kita tidak akan terpisah walaupun sedikit.
Hanya cintaku yang boleh berikan kau bahagia, meskipun kadang aku tidak sengaja membuat kau terluka. Tapi ingatlah bahawa cinta aku amat istimewa pada engkau.
Engkau telah memberikan sebuah makna dalam sebuah kisah hidup aku yang tidak ternilai harganya. Maknanya itulah yang akan menyatukan tiap derap langkah dan jiwa kita menjadi satu kekasih setia dan abadi…Semoga hubungan kita akan diberkati olehNya..Semoga kita akan bahagia sehingga akhir hayat kami..Amin..



15 Mei 2013 (Rabu)

Apa yang menyedihkan didalam hubungan adalah apabila pasangan gagal untuk mempertahankan sesuatu hubungan itu. Ini mungkin disebabkan oleh pasangan tidak berjaya untuk mengenalpasti apakah punca yang menyebabkan masalah dalam hubungan mereka. Sekiranya sesuatu masalah itu tidak dapat diatasi dengan kadar segera, risiko untuk hubungan tersebut akan berpisah amat tinggi. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, pasangan perlu terlebih dahulu mengetahui puncanya. Antara punca yang menyebabkan masalah dalam hubungan adalah…….

(1) Kritikan yang melampau- Pada kebiasaannya, pasangan yang telah menjalinkan hubungan agak lama tidak terlalu peka mengenai masalah ini. Mereka lebih memikirkan mengenai kepuasan hati apabila mengkritik berbanding memikirkan mengenai sensitiviti pasangan. Tanpa mereka sedari, ia sebenarnya telah menimbulkan masalah dalam hubungan dan sekiranya ia dibiarkan berterusan, mungkin akan membuatkan orang yang sentiasa dikritik merasakan perpisahan adalah jalan terbaik. Kritikan yang melampau bukanlah satu cara yang mebina sebaliknya ia menjatuhkan semangat seseorang.
(2) Cemburu yang melampau- Cemburu sememangnya amat penting didalam hubungan, ia adalah sebagai tanda anda betul-betul menyayangi pasangan anda. Tetapi sekiranya perasaan cemburu itu tidak dikawal, ia sebenarnya akan menjadi punca yang menyebabkan masalah dalam hubungan. Kawal perasaan cemburu anda agar bersesuaian dengan situasi, tempat, keadaan atau sebagainya.
(3) Membandingkan hubungan masa lampau- Pasangan seharusnya jangan sesekali melakukan perkara seperti ini dalam hubungan. Jangan membandingkan hubungan sekarang dan juga hubungan anda yang lampau. Ini akan mewujudkan pelbagai pemikiran negatif terhadap pasangan. Masalah ini perlu diberi perhatian untuk mengelakkan timbulnya masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
(4) Masalah komunikasi- Ia adalah merupakan masalah yang kritikal. Ini kerana semua masalah dalam hubungan seperti perasaan cemburu, krtitikan, penipuan atau sebagainya dapat diatasi sekiranya pasangan mampu berkomunikasi dengan baik. Komunikasi yang baik juga dapat membantu untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara.
(5) Mengambil ringan- Apabila sesuatu hubungan telah melalui satu jangka masa yang panjang, kebiasaannya pasangan akan mengambil ringan mengenai pasangan mereka. Masalah ini seharusnya dielakkan. Dalam kebahagiaan hubungan, kedua-dua pasangan seharusnya berusaha untuk menyemarakkan lagi perasaan mereka dan bukannya membiarkan ia begitu sahaja.
(6) Aktiviti harian- Pasti setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilakukan. Tetapi, jangan sesekali mengabaikan pasangan kerana ia juga merupakan salah satu dari tanggungjawab anda. Walaupun anda sibuk dengan aktiviti harian, cuba cara masa yang sesuai untuk diluangkan kepada pasangan. Masalah di dalam hubungan pasti berjaya dielakkan sekiranya anda bijak untuk membahagikan masa.
 **Untuk pelajaran semua ^-^



14 Mei 13 ( Selasa )

Semakin hari cinta dan sayang ku pada nya semakin mendalam..entah apa yang telah berlaku pada aku. Semalam baru je aku cakap pada teman sekerja aku yang aku rindu gila pada dia..tup-tup dia datang ke ofis aku sebab dia keluar awal semalam dari ofis..rupa-rupanya dia pun tengah rindu kat aku,tu sebab dia datang..sirius aku memang terkejut sebab memang aku tengah rindu gila kat dia dan mengharapkan dia boleh datang jumpa aku..tengok-tengok memang dia datang tanpa bgtau aku..
Mula-mula dia cakap dia dapat balik awal sebab nak jumpa kawan dia dan dia bgtau aku yang dia nak g makan dengan kawan dia, pastu dia cakap kawan pompuan..memang hangin satu badan aku dengar..gila tidak,aku pun tak pernah keluar dengan lelaki lepas aku kenal dia.huh! Aku pun terus mesej dia, aku cakap kalau ko nak jumpa orang lain, ko tak payah jumpa aku lepas ni.. Tiba-tiba dia mesej aku pukul 4pm yang dia ada di bawah ofis aku.hahaha..Bila aku jumpa dia, memang kena pukul lah..saje je nak buat surprise kat aku kan..hahaha..
Weekend aku sekarang banyak bersama dia..memang aku sangat bersyukur dan bersyukur dan sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan nya..

Hari weekend kami yang hepppppiiii..heeeee


Nak tunjuk baju same jer....heeee

Di paksa potong rambut..hahhaaa
Love B soooo mucchhhh!!



30 April 2013 ( Selasa )

Masa cuti aku sentiasa aku habiskan masa bersama dia...aku amat bahagia hinggakan aku dan dia tak sanggup nak berpisah..aku akan balik ke Gopeng esok dan cuti hingga Isnin depan untuk mengundi Ahad, InsyaAllah... tapi dia hanya dapat cuti Ahad je masa mengundi, jadi aku tak dapat nak balik dengan dia.. Yang tak bestnya kakak aku siap nak buat BBQ dan wantan mee utk dia sebab tau dia punya feveret... Sian laki aku tu tak dapat nak makan dengan family aku..hurmmm, tunggu la ye B bile dah kawin t..ermmm... Aku amat beruntung kerana dapat kenal dengan dia..aku amat happy sangat dengan dia dan dia juga terlalu bahagia bila dengan aku..

Sedap sangat...


eskem dia yg cedappp...

Dah makan sushi pastu lapor lak balik..hehehe

Cedappp ye B...



22 April 2013 ( Isnin )

Pernah tak korang terfikir apa akan jadi pada hubungan korang bila masa bercinta?Errrmm...memang tak dinafikan kita sebagai seorang perempuan akan berfikir adakah hubungan kita akan terus ke jinjang pelamin.. aku pun akan terfikir jugak..hehehe..mustahillah tak fikirkan...hurrmmm
Kami sentiasa akan video call..maklumla we chat kan ada..hehehee..free je kan..kami ni sentiasa rindu satu sama lain..bestkan?sweet tak?sweet sangat kitorang niiii....
Last weekend kitorang lepak bersama...kitorang plan supaya reduce kan sket perjumpaan kami, contohnya sebulan dua kali jer...tapi B kita tak mampu nak tahan rindu lak..hehehe...sebenarnya aku pun tak boleh..hisshhh...sehari tak jumpa pun rindu bagai nak pengsan..hehhee..tapi ini lah dikatakan cinta sebelum berkahwin kan..tapi kami berdua nak teruskan dengan sikap loving, caring, sweet yang kami lakukan sekarang hingga lah selepas kahwin..heeee..kita cuba ye B..tapi aku percaya aku dan dia akan terus begini kerana dia memang sangat sweet dan banyak mengubah cara dan sikap aku yang dulunya garang..hikhikhik..

Persia Restaurant, Ampwalk



Ben's, KLCC


Apa yang kami lakukan?haha

Boleh la B...





15 April 2013 ( Isnin )

Bahagia aku dengan dia hingga kini...Alhamdulillah...doakan lah kebahagian kami..semoga aku dan dia bersama hingga di alam sana..Amin...Aku amat menyintai nya...begitu juga dengan dia..kami amat menyayangi antara satu sama lain hingga kami tak sanggup berpisah walaupun sekejap tapi kami terpaksa kerana yelah, kami tak bernikah lagi..hehehe...kalo dah bernikah, dah tentu aku dengan dia jumpa tiap hari.huhuhu
Namun, kami sentiasa menghabiskan masa bersama jika kami cuti.. Aku dan dia sangat menyintai satu sama lain.. Tak sanggup rasanya untuk berpisah..
Kami bahagia bersama..hingga akhirnya...
Aku amat bersyukur kerana ada nya dia...


We love each other


Walaupun muka macho tapi masih sengal..heeee
 
Sgt sayangkan B...



4 April 2013 ( Khamis )

Assalammualaikum...
Hehehe...cuma nak luahkan jerrrr. Aku ni gubra juga bila nak bercinta kerana bila kita dah rasa dia adalah untuk kita, dah tentu kita nak kahwin dengan dia kan? Hurrmmmm.... aku ni pulak masalah satu jerrr, aku ni tak reti nak masak, dah la B aku tu suka makan masakan di rumah sahaja..hisshhh...ampusshhh gak aku nak belajo last last minit nih. Pastu pulak dahla si dia pandai memasak!! Hadoiiii!!! Memang malu haku nih..heeee..
Jadi, mula dari hari yang dia cakap tu, aku pun mulalah kumpul resipi-resipi dari internet dan juga rakan-rakan sekerja...hehehe.. Siap berjanji dengan kawan aku nak masak kat umah dia supaya dia boleh complaint.. Feveret dia lak Kari Kepala Ikan dan Asam Pedas..hehee.. baik B, segalanya syg akan lakukan untuk B..Caiyokkk!!



2 April 2013 ( Selasa )

Selama 3 hari aku bersama dia..aku sangat bahagia..hurmmm...bila dah start keje ni, mulalah masing-masing rindu merindu..huh!! Tapi orang cakap, "biasalah mula-mula bercinta, memangla hepi jer... cuba dah lama, huh..sume benda tak betul".. hahha ..memanglah aku dan dia baru je kenal dalam 2 bulan camtu dan memang kami hepi pai sekarang kerana dia sangat manja..cuma kami berdoa agar hubungan kami akan berterusan begini..
Dalam masa tiga hari tu, macam-macam lah aktiviti yang kami lakukan bersama, sume tempat kitorang terjah, dah la dua-dua tak tahu jalan KL ni..sib baik ada gps aku walaupun benda tu susah nak paham sket..haha..
Daripada Damansara hinggalah ke Shah Alam kitorang merantau, tempat yang dia tak pernah pergi, tempat yang aku tak pernah pergi..tapi seronok sangat sebab aku bersama dengan dia setiap hari.. :)
Dan juga sangat seronok sebab serba sedikit kami mengenali satu sama lain dengan lebih dekat..namun kami sangat bahagia kerana dapat menghabiskan masa bersama-sama. Masing-masing rindu bila sebab nak balik dan tak dapat jumpa kerana dia kerja jauh..hurmmm..jauh tol lah cinta aku tu..mencik...huh!! Kan best kalo dia kat area tempat aku keje jugak. uwwwwaaaaaaaaaaaaa!!! I miss my B................seriously missing him now..dan yang best nya, dia pun selalu rindukan aku jugak!!!yeay!!



26 Mac 2013 ( Selasa )

Alhamdulillah...sehingga ke hari ini hubungan aku dan dia terus bahagia..
Dia amat menyayangi aku dan aku bertuah kerana mengenali dirinya.. walaupun kadang kala memang kami ada bergaduh sedikit tapi biasalah...masa bercinta ni mesti la ada gaduh-gaduh manja kan..kalo tak, takde la rindu bertambah-tambah..huhuu..
Tapi aku memang sangat bahagia dengannya dan dia amat bahagia bersama dengan aku.. Aku amat bersyukur kerana Allah SWT telah menemukan aku dengan dia..aku berdoa agar aku dengan dia akan bersama hingga hujung nyawa..dia juga menghargai diri aku dengan jujur dan terima diri aku seadanya..Alhamdulillah..
Namun aku dan Shaid masih belum berbincang tentang apa-apa tarikh..namun kami pernah berbincang bahawa aku tak perlukan bertunang kerana akan membuang masa dan juga buang duit..aku dan dia pun dah tua..bukan muda lagi nak buat macam-macam ni. Yang penting aku dengan dia nikah..itu je..yang penting kami berdua tak sabar nak hidup bersama..heeee...sweettttnyyeeeeeeeee...



21 Mac 2013 ( Khamis )

Ohya, lepas je aku balik dari Umrah, Shaid datang menjemput di Gopeng walaupun dia penat bekerja, dah la dia balik kerja kul 7 pagi, pastu sebelum kul 1pm dia dah sampai..aku teruja sangat sebab aku call dia tanya kul bape pai, dia boleh cakap dia baru nak kuar sungai buloh..huh!!memang la aku hangin, tengok2 dia dah pai depan umah aku..hisshhh..suka buat aku surprise..hehheehe (Tima kasih B....)
Pastu, aku suh dia tido jap supaya dia tak letih sangat sebab petang pas Asar aku sekeluarga keluar lepak kat Jusco sebab nak jumpa Angah. First time dia datang Gopeng, Angah tak sempat jumpa Shaid, cuma Along jer..tu sebab aku nak dia jumpa Angah gak..hehehe...we had a good time together.. keluarga aku balik dulu, cuma aku dan Shaid lambat sebab saje nak spend time dengan dia lama-lama..kitorang pai umah kul 11 lebih malam...ngeeee
So, ahad la kitorang gerak balik Kuala Lumpur

B dengan Weena di Jusco Ipoh


20 Mac 2013 ( Rabu )

Salam semua...akhirnya aku selamat tiba ke tanah air pada 13 Mac 2013 ( Rabu ) pada 1050 malam di Subang Airport yang lalu.. Semuanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah..
Sebelum aku bertolak ke tanah suci, aku perlu balik ke Gopeng sebab aku naik dari Ipoh bersama ibu bapa ku bersama jemaah-jemaah yang lain. Jadi, Shaid telah membuat keputusan untuk menghantar aku balik ke Gopeng sambil berkenalan dengan keluarga ku..semuanya berjalan dengan lancar dan keluarga ku amat menyukai nya.. (terima kasih B kerana hantar sayang balik Gopeng walaupun B takut nak balik KL sorang sebab tak tahu jalan..heeee)

sambung...



20 Feb 2013 ( Rabu )

Hurmmm... B, what do you think?hehheee
Betul ke ni B? hehehhee... cam kelakar je kan..tapi mungkin ada sesetengah tu betul kan?huuuu...



And guess what...ada makna cinta dari nama kita..hehehe..and it sweet

S => membuat orang tertawa
H => setia kepada yang satu
A => seorang yang gila-gila
I => manis dan romantis
D => kekasih yang terbaik pernah dimiliki 

J => seorang yang agak seksual (ado???hahaha)
A => seorang yang gila-gila
S => membuat orang tertawa
H => setia kepada yang satu
A => seorang yang gila-gila
I => manis dan romantis
R => seorang yang lucu
O => mempunyai personaliti yang bagus
L => pemberi ciuman yang bagus (currllasss uols)



18 Feb 2013 (Isnin)

Sabtu dan ahad aku dipenuhi dengan aktiviti bersama tersayang..hehehe...
Pagi sabtu tu kitorang g Shah Alam..aku teringin lak nak g Plaza Alam Sentral sebab 1st time aku kat sana masa tahun 1999, masa tu Alam Sentral baru naik.. kedai pun baru je nak buka.. masa tu aku duk kat itm shah alam tu..satu shah alam la aku pusing tapi boring sebab takde apa lg..hahaha..
hurmm.. skg dah banyak gak la kedai nya...cuma biasa je lar.. hahhaa..
Bagi aku Shah Alam tu biasa je..tak crowded sangat cuma orang dah ramai gak la berbanding zaman aku dulu.. dulu cam tenang je duk kat shah alam tu..hahhaa... tapi best untuk lepak dan bercinta je kat sana.. hehehe.. aku dan dia membuang masa dengan bermain bowling dan snooker kat sana...boleh? hahaha.. dah lama gile aku tak main snooker, memang tersasar jauh la jawabnya.. hihihi
Ahad lak aku dan dia tengok wayang kat Wangsa Walk..ingat nak g jogging, tak jadik..hahaha..kasut pun takda..hehhee..jadi terpaksa lah memenuhi dengan aktiviti yang menaikkan berat badan..iaitu menonton wayang dan makan je keje..hehehe..tapi Hensel Gretel memang terbaekkk!!love that movie sooooo muchhh!!


B yang agak pandai main bowling katanya...hahhaa

Lane yang agak mengerikan..hahaa
Jom try ..huhuhu




Yes!!longkang!!



Belagak nya dier...hehhee


terror katanya...
Snooker pulak..haiisshhh..haha
Hari-hari aku dipenuhi dengan kekasih hati ku... amat menggembirakan... Love him so muchhh...he gave me everything...




15 Feb 2013 (Jumaat)

Hari ini dia telefon aku (dah memang tiap-tiap hari dia call aku pun..hahhaHAHA).. memang sweet sangat, setiap masa dia akan Whats app dengan aku kalau tak call..hehehe...
Tapi kadang-kadang dia buat aku geram gak, saje je nak wat aku sentap..
Tadi dia cakap dia demam, so aku pun tanya lah dia nak rehat kat umah je ke esok?sebab esok sepatutnya dia jumpa aku seperti biasa dating ar kan... tapi tadi dia cakap dia nak rehat kat rumah je esok sebab aku suh dia rehat. Jadi,aku pun macam tersentap dan tiba-tiba je macam rasa dia tipu sebab dia tak pernah tak nak jumpa aku.huh!
Jadi aku pun tersentap sekejap..hehehe...pastu dia cakap dia saje je cakap camtu sebab nak tengok aku..hurmmm...memang dia ni nak kena dengan aku esok ni...hishhh!!memang jejaka pisces sungguh..hehehhe...walau apa pun, aku sangat menyayangi dia..hurmmm



14 Feb 2013 (Khamis)

Setelah beberapa hari aku bersama dengan nya, aku rasa aku bahagia dengan nya.. bila kami berjauhan, memang masing-masing saling rindu dan asyik gaduh..hurrmmm...mungkin juga kerana kami baru je bercinta..hikhik (tapi aku berdoa agar aku dan dia akan terus begini hingga akhir hayat kami..AMIN)
Asal hari cuti je, kami akan spend time bersama..memang happy sangat..
Sabtu ni aku dan dia plan nak g tengok umah kat Sg. Buloh..sebab nanti dia akan bertukar kerja di Sg. Buloh, jadi dia nak beli rumah kat sana..aku tak kesah, aku ikut je kehendak dia..lagipun rumah tu pun dekat dengan kawan-kawan aku.. Kalau aku pindah sana pun, aku boleh g kerja dengan kawan-kawan aku. As long aku bersama dengan orang yang aku cinta..hurmmm...kannn...
Sebenarnya Sabtu ni kitorang plan nak g jogging dulu before g tengok rumah tu tapi malangnya aku tak bawak lak kasut jogging..hurmm...tinggal kat rumah lak...hurmmm..kami plan untuk g gym dan jogging sama-sama..sweetkan kami..hahhaa. banyak kitorang plan bersama selama beberapa hari kami bersama haritu. Seronok sangat bila kita mempunyai orang yang menyayangi dan menghargai kita..

Tapi banyak juga perkara-perkara yang dia tidak suka...contohnya...dia tak suka aku menari dan menyanyi lagi..hehhee...tapi disebabkan nak jaga hubungan aku dan dia, dan juga sebabkan aku sayangkan dia, aku akan ikut permintaan nya supaya aku berhenti semua tu...



13 Feb 2013 (Rabu)

Sejak aku menceburi sekali lagi dalam laman sosial 'tut'- bukan nama sebenar, hahaha...aku telah temui seorang jejaka yang aku tidak sangka apa akan berlaku ermmmm..

Tidak ku sangka..pertemuan aku dengan dia telah menjadi kenyataan setelah kami berkenalan di alam maya selama beberapa bulan.. memang agak lama aku dan dia hanya bercinta di alam maya kerana masih lagi takut untuk bertemu..mungkin masing-masing mempunyai kisah silam yang agak buruk, jadi memerlukan masa yang lama untuk kenal hati antara satu sama lain dahulu.. aku pula, memang fobia dengan kenalan dalam alam maya ni, macam-macam orang boleh muncul..
Pertama kali aku tengok dia pun dah macam hurmmm, muka dah la garang dan berlagak, huh! Tapi kawan-kawan aku ada gak puji dia, his kinda good looking guy .. hurmmm (tangan di atas bahu)
Aku tidaklah menyangka yang kami akan meneruskan hubungan ini dengan lebih jauh dan lebih sirius.. aku cuma terfikir mungkin lepas ni dia tidak akan hubungi aku lagi..hurmmm.. yang best nye, pertemuan yang pertama dia terpaksa datang ke ofis aku kerana aku ada latihan tarian untuk majlis di pahang dan esok aku akan terus ke Pahang untuk Majlis disana.. namun, dia sanggup datang untuk berjumpa dengan aku walaupun dia tidak familiar jalan KL dan masih lagi tidak mengenali aku, aku rasa dia gamble je datang jumpa aku.. bagi aku dia seorang yang baik dan agak pelik..hahaha... 
Lepas je aku habis latihan tarian, kami pergi ke wangsa walk sebab aku tak tahu nak bawa dia g mane...hehhee
Tapi bagi aku, dia sangat funny and cute...selalu sangat buat aku ketawa..memang aku hepi bila bersama dengannya..
Aku bersyukur kerana bertemu dengannya..aku sangat bahagia kerana dia sangat perfect buatku..Alhamdulillah..
Tak sangka juga tahun ini adalah tahun yang baik buatku...terima kasih Allah kerana telah beri aku segalanya.. Dia telah pertemukan aku dengan dia, semoga hubungan kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat..AMIN..
Setelah beberapa hari aku berkenalan dengan nya...memang aku merasakan rasa kasih sayang antara aku dengan dia amat kuat dan aku memang sangat bahagia dengan nya..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan