17 April 2014

KEBAHAGIAAN YANG DIKECAPI SELEPAS BERGELAR ISTERI

Setelah aku bergelar isteri kepada Shaid bin Mohamed Naziri, aku sangat bahagia dan alhamdulillah kami dapat menghadapi segala dengan baik...
Dan yang lebih bahagianya..aku telahpun mengandung...Alhamdulillah...Allah telah beri rezeki pada kami berdua..cuma sekarang aku alah sangat teruk..hehehe..balik je kerja mesti aku muntah tak hengat..pastu badan terus lemah dan aku tak leh makan pastu. Masa kat opis boleh gak makan...Bila dah masuk petang, aku punya bateri memang low gila..huh! Sampai kerja rumah pun aku dah tak boleh nak buat, berdiri lama apatah lagi.. jadi pening sangat! Nak masak pun aku tak larat..basuh baju pun aku dah malas..hissshhhh...memang teruk alahan aku nih..  Nak bersama dengan suami aku pun dah tak larat tapi...waktu pepagi aku boleh, hehehe..
Yang best nya sekarang suami aku yang masak kalau dia tak letih...dia jugak lah yang basuh baju...aku sangat beruntung dapat suami seperti dia...semoga dia kekal menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.. Walaupun aku tahu sebenarnya dia penat tapi aku tak mampu nak buat semua tu.. selalu nya aku memang suka mengemas dan aku tak suka rumah bersepah tapi sejak aku mengandung ni, aku tak boleh buat semua tu.. memang aku kesiankan dia tapi kadang-kadang aku cuba juga buat walaupun tak banyak. Bukan semua orang mengandung sama alahan nya dan tiada siapa yang akan tahu apa yang aku rasa. Cuma aku berharap suami aku akan terus bahagia dengan aku di dunia dan akhirat.. aku akan menjadi seorang isteri yang baik untuk dia dan akan menghormati dia sebagai suamiku...
Hurrmmmm...ingatkan pas sanding ni nak g honeymoon..tak pergi honeymoon la jawabnya... :(    dah morning sickness dah aku, bukan morning je, evening sickness aku lagi teruk..hadoiiii...