4 Julai 2014

PERUBAHAN EMOSI KETIKA HAMIL


Baiklah...disebabkan tak semua yang tahu dengan perasaan wanita mengandung nih, meh sini aku cite sikit ye...disebabkan aku tengah mengandung ni pun emosi aku yang tak menentu nih, jadi aku nak bagitau kat orang lain gak..hehehe.. namun bagi aku,perasaan ni sungguh menyeronokkan kerana dapat merasakan segalanya bersama suami aku namun terkadang ada juga kesilapan yang telah aku lakukan namun biasalah terlebih emo kan..hurmmm...aku cuma mampu berdoa agar aku tidak akan menyakiti hati suami aku..
Namun aku bahagia sangat bila bersama suami aku sewaktu mengandung..cuma terkadang aku sedih sikit sebab seminggu aku kena berjauhan dengan suami aku bila dia kerja malam... :(
Takpelah, itu caranya untuk dia memberi aku dan bakal anak kami rezeki dan aku sentiasa redha dan bersyukur..


Baiklah, ini serba sedikit yang perlu kita tahu...
Keadaan wanita menghadapi kehamilan bergantung kepada sama ada dia mengkehendaki atau tidak kehamilannya itu. Jika wanita itu tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu awal kehamilannya itu mungkin akan menyebabkan dia menghadapi tekanan perasaan. Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran.
 

Perubahan sikap adalah perkara BIASA dialami oleh wanita mengandung. Ia disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh. Pada satu ketika, seorang wanita itu mungkin gembira, tenang dan bahagia. Namun, pada masa yang sama, dia mungkin juga akan bersedih dan mengalami tekanan perasaan tanpa diketahui puncanya. Memang itu adalah kebiasaan yang akan dihadapi wanita mengandung, kadang kala terlalu sensitive terhadap sikap suami nya walaupun hanya kecil. Namun suami perlu faham keadaan yang dihadapi.


Ramai wanita hamil mungkin terkejut dengan perubahan diri mereka. Biasanya mereka akan menjadi lebih sensitif kepada perubahan seks dengan suaminya.Ada wanita yang mempunyai keinginan yang lebih pada perhubungan seks, sementara ada yang tidak mahu langsung melakukan hubungan seks. Keadaan ini mungkin mengelirukan suami. Perubahan perasaan ini bukanlah bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita tersebut. Oleh itu, dia perlu memberitahu suaminya apa yang sedang berlaku supaya dapat mengelakkan salah faham dan perselisihan.
Tapi aku mungkin mengikut kehendak suami aku dalam perkara ni..hehehe


Menjadi kebiasaan bagi seorang wanita yang mengandung, terutamanya ketika hampir bersalin, bermimpi perkara-perkara yang buruk. Mimpi ini sebenarnya tidak memberi sebarang kesan kepada bayi dalam kandungan. Seorang wanita yang mengandung suka membayangkan masa depannya, terutama sekali berkaitan dengan bayi yang dikandungnya. Kadangkala ia membayangkan wajah dan rupa anak yang bakal dilahirkan. Ini merupakan perkara normal.


Setiap kehamilan memerlukan pasangan suami-isteri melakukan beberapa penyesuaian di dalam kehidupan serta perhubungan mereka. Terutama sekali jika anak yang dilahirkan itu adalah anak pertama. Ini kerana, kelahiran bayi akan mengubah corak hidup mereka yang selama ini lebih privasi (honeymoon). Perubahan ini bukan seharusnya dihadapi oleh wanita seorang sahaja TETAPI suamipun mesti memainkan peranan penting dalam menghadapinya. Dalam masa yang sama, suami harus memahami isteri yang sedang mengandung....