Oklah, aku pun dah lama tak update blog sebab dengan sibuknya kat opis..dengan penatnya (asik tido je kat opis tu..hahah)
Nak jadikan cerita, anak aku patut keluar bulan November 2014 ni...
Oklah..pada Khamis dan Jumaat haritu aku kena admitted ke Hospital Sg Buloh kerana bayi dalam perut aku kurang bergerak dan aku pun ada demam sikit so aku kena tahan lar..yang sedihnya, katil semua penuh, aku dan ramai lagi yang tido atas kerusi sahaja ye.. Aku memang tak rekemen sesape beranak kat hospital sg buloh tu..yang kesian nya laki aku si Shaid tu, terpaksa la datang melawat aku malam sebab kena bawa makanan sume sebab makanan kat hospital tu cam tut..hehehe...sib baik la rumah aku dekat,senang sikit laki aku nak datang.. Dan aku bernasib baik aku boleh balik keesokan harinya (Jumaat) walaupun jalan aku dah buka 1 cm..hehhee.. Aku pun apa lagi, memang tidak lah nak bersalin kat situ wehhhh... Laki aku pun kesian kat aku sebab takde katil nak baring..gilo po..
Lepas tu pulak, esok nya hari Sabtu, mak, abah n along sume kebetulan datang ke rumah aku tido sebab dorang nak g kenduri rumah sedara abang Nizam Ahad tu.. Masa dorang sampai, mak dan along aku cakap yang muka aku sangat teruk, macam dah nak bersalin. Aku pulak memang tak sedap badan tapi aku tak rasa apa-apa lagi sakit cuma penat je dan takde selera nak makan.
Pastu yang best nya, laki aku keluar sebab nak beli barang.. Mak aku tanya la nape Shaid keluar lama sangat,jauh ke kedainya. Aku lak takde terlintas nak telefon sebab malas.. rupa-rupanya dia nak buat surprise beli kek harijadi aku yang ke 34 (11/10/2014)...hehehe..
Aku terkejut jugak la..happy sebab dia keluar lama sebab nak beli kek aku kat Secret Recipe jugak..huhuhu.. Nasib la family aku ada boleh habiskan kek tu..
Oklah, pastu mak aku suruh aku g klinik gak malam tu tapi aku degil cakap takpelah,esok je. Aku sebenarnya berfikir nak bersalin kat Hospital Ampang je sebab aku nak g kerja minggu depan (masih ada hati nak keje wehhh..hahaha)
Jadi, aku pun tidur lah seperti biasa..pukul 12 lebih kitorang tidur pun sebab bersembang, masa tu aku dah terasa macam sakit-sakit sket tapi tidur jugak.
Pastu...jeng..jeng..jeng... pukul 3 pagi aku terjaga sebab aku nak terkencing, tapi masa yang sama aku rasa kontraksi yang lama..aku tetap g toilet nak kencing, pastu aku tengok darah menitik-nitik. Aku pun dengan perlahan aku kejutkan laki aku,yang laki aku pun dengan perlahannya bangun..aku apa lagi, dahla darah menitik kat lantai..hahaha..laki aku boleh relax lagi..hadooiii...
Pastu laki aku dengan abang Nizam hantar aku ke Putra Medical Centre.. nasib dekat dengan rumah aku jugak.
Sampai je PMC, aku terus di bawa ke Labour Room, dorang cek dah buka 3 cm, pastu nurse tu masukkan aku ubat cirit..apa lagi..laki aku bawa aku ke toilet,cirit yang sangat banyak lah..ahhaha.. aku pun pening bau, apatah lagi laki aku..waakaka...nasib la kan..
Pas aku membuang semua yang ada, dorang bawa aku balik dalam Labour Room, masukkan pulak air untuk lembutkan rahim supaya cepat buka jalan nya..memang sakit la weh.. kejap-kejap kontraksi..perrrggghhhh...hanya Allah SWT yang tau apa aku rasa..
Yang bestnya laki aku boleh tanya, sakit ke baby? ermmm...aku rasa itu jam aku mau pukui laju-laju laki aku tu..nasib la aku tengah sakit.. pastu tak sampai sejam kot aku rasa dah nak bersalin dah..memang tak tahan dah..tapi yang syiookkk nya nurse tu leh lak suh aku tahan jap jangan teran sebab Doktor kat sebelah tengah sambut sorang lagi tengah nak beranak.. ko gilo ko apo?? aku dah memang tak tahan kot..nasib baik la masa bayi aku nak keluar tu kebetulan doktor dah masuk..aku pun terus teran lah..
Tapi masa nak last aku teran tu aku berhenti jap, siap aku cakap aku dah tak mampu nak teran (memang tak larat kot,dahla aku tak makan hapa, dengan faktor umur aku lak lagi..adoiii) Tapi doktor tu bagi kata-kata semangat,dia cakap kepala baby dah nampak..awak tahan nafas pastu teran je sekali.. Alhamdulillah... aku teran sekali terus keluar.. saat tu aku memang dah tak larat sangat dah..yang cuma aku nampak bayi aku warna biru dan bersih kulit dia. Even laki aku pun cakap aku kitorang bersih dan warna biru.hahhaa..pastu aku terus pengsan masa dorang jahit. Pas sedar tu baru le rasa sakitnya jahit tu woooiiii... tapi dengan kehadiran Dhia Zarra membuatkan aku rasa bahagia sangat..sakit hilang..
Alhamdulillah aku selamat melahirkan bayi perempuan, seberat 2.35kg pada pukul 5.37am pada 12/10/2014...Dhia Zarra nak sambut hari jadi sama-sama dengan mummy dia rupanya..
![]() |
Anak aku baru lahir..huuuuu |
Alhamdulillah, hari ini 11 Nov 14, Dhia Zarra dah sebulan sehari.. gambarnya nanti aku upload lagi ye.. salam