20 April 2015

Kenangan Sebagai BRIGED SENI RISDA

Aku sebagai salah seorang anggota Briged Seni RISDA yang sangat aktif dari sejak aku masuk RISDA pada 14 Dec 2009.
Hari kedua bekerja aku terus di arah untuk join pertandingan antara bahagian..bahagian aku membuat tarian Jai Ho..yang diajar oleh PAPA J..dan oleh kerana aku di bawah bahagian Komunikasi Korporat, jadinya automatik aku kena masuk kumpulan kebudayaan ni... BRIGED SENI RISDA
Pada awal penceburan,aku join koir dulu..lama gak lah..cuma kekadang je aku join menari...tetapi lama kelamaan aku join semua yang merangkumi, Kombo (menyanyi dengan Band), Koir dan menari.. sekaligus menampakkan yang aku ni macam tamak..hahaha
Banyak tempat dah aku pergi...semua pelusuk negeri dalam malaysia telah aku redah untuk berjuang demi RISDA..ceeewahhhh..tapi memang banyak pengalaman yang aku lalui, ada yang pahit dan ada yang manis..seronok pun ada.
Bagi aku, kalau join koir, agak ringan sikit lah sebab tak banyak penat sangat sebab cuma menyanyi je, ramai-ramai lak tu, kalau lupa lirik pun orang lain boleh cover..wakakkaa...
Kalau kombo (nyanyi solo) lak, kena jaga-jaga sebab nyanyi dengan band so kena jaga tune and lyric sebab kena ikut key...memang nampak salah pun sensorang..cuma penat sikit bile time praktis sebab boleh bawak pai lewat malam..pernah aku praktis hingga lewat malam dengan budak band..nasib baik masa tu rumah aku di area Ampang je..berani lah nak balik lewat2 nih..cuma agak gelap lah nak balik sensorang tapi sebab minat, aku lakukan jua..hehehee
So pas semua dah try, then aku pun terus membuat pilihan yang terakhir, iaitu menari sahaja..sebab ada mulut mulut yang bercakap cakap yang aku ni tamak..hahaha..gila kuasa sebab nak buat semua..cam sengal je..nak buat camne..dah aku mmg berkebolehan..hahaha...
Tapi selain kerja-kerja tu, aku pun selalu gak buat kerja-kerja NGO ni..macam penyambut tetamu untuk Menteri kahwin lar..pembawa dulang untuk kenduri anak KP kahwin lah...maklumlah..tengah single mingle sensorang kan...so xde orang yang akan halang aku balik lewat mana pun..hehhee...lagipun nak luang kan masa untuk hilang burink aku jugak...
Aku pun banyak gak join macam-macam pertandingan sebab yang pentingnya sebab single,kalau dah kahwin ni macam-macam kena pikir sebab anak kecik lagikkk...heeeee


Ni masa pektis koir kat Hotel Pullman,putrajaya..kegilaan kami terserlah

Setelah selesai berkoir..Hotel Pullman,Putrajaya

Ni masa kami shooting untuk iklan Mari menoreh untuk TV1 x silap aku..hehehe...bersama Datuk Aziz Satar

Sewaktu kami pektis Bicara Berirama untuk pertandingan di opis..

Pertandingan di Bangunan Mara, Bicara Berirama..kamilah JOHAN!!yeay!!
Ni masa persembahan Nasyid bulan ramadhan aritu

Ni masa rehearsal pembawa dulang untuk Mjalis Pernikahan anak KP

Ni pun masa rehearsal pembawa dulang untuk Mjalis Pernikahan anak KP

Haaaaa...ni hari kejadian Majlis Nikah tu, dewan Gemalasari RISDA je
Haaaa..ni masa Majlis Persandingan anak KP tu..nmpk tak Datuk Seri kitorang yang duduk atas tuuu..heeeee

Ni masa show kat Melaka


Ni masa show kat Terengganu..


Ni masa Malam Gemilang KKLW, kitorang menari hindustan..hoooo



Sejujurnya memang aku minat dalam bidang kesenian sebab seronok dan happening...tapiiiii..sekarang bila dah berkahwin, minat tu dah kena tolak ketepi sebab anak dan keluarga lebih penting bagi aku..huhu..