23 Oktober 2012

KELALAIAN YANG TIDAK PERNAH TERFIKIR...

Pada 18 Oktober 2012, Khamis.. Kak Sal cakap yang dia nak buat lesen sebab hilang kat pejabat..kebetulan pulak lesen dia dah mati 14 September 2012 aritu dan dia pun dengan confident nya membawa kereta ke mana sahaja..aku pun apa lagi, gelak pai pecah perut lah.
Kebetulan Kak Sal nak pergi renew kat JPJ, Sentul. Aku pula tergerak hati nak bawa Kak Sal sebab dia tak bawa kereta.. Jadi, yang pergi teman aku dan Kak Sal ialah Abg Shah..dia pun nak ikut juga..
Masa kami dah sampai di JPJ.. aku relax seperti biasa sambil menunggu Kak Sal lah..pastu selesai je Kak Sal renew, dia terus duduk sebelah aku dan tanya kat mane diorang letak tarikh nya? Aku pun dengan konpiden nya keluarkan lesen aku sambil cakap kat Kak Sal : ' memang macam tu la Kak Sal..' Tiba-tiba mata aku tertumpu pada tarikh lesen aku. $^*&(**)(^&*%$$#!!! Aku punya lesen rupa-rupanya mati 4 September 2012!! Nasib aku baik kerana kami masih di JPJ lagi..adoi...selama ni aku sering di ingatkan oleh ayah aku.. Tapi...dia pun lupa dah kot sebab aku dah lama tak balik kampung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan