Sebab sebelum aku nak nikah, aku ada mengamalkan makan B Complex with Folid Asid brand Shaklee tu. Makan setiap pagi selepas makan pagi. Tapi memang kena makan berterusan...
Selain dari Shaklee ni, aku juga ada amalkan minum air yang bercampur madu, cuka kurma dan propolis gold. Ketiga-tiga ni aku campur dan tambah air. Jadi setiap pagi sebelum makan dan malam sebelum tido, aku akan minum air campuran ni dulu..aku amalkan setiap hari dan sebelum bernikah, asalnya aku nak bagi kitaran haid aku betul dan dalam masa yang sama kak Lina yang suruh aku amalkan minuman ni bagitahu, baik untuk rahim kita.
![]() | |||
Madu ni lah aku makan |
![]() | |
Haaa...ni cuka kurma yang aku campur |
![]() |
Ni lak propolis gold aku pakai.. |
Ini cara aku mencuba untuk kesihatan, lagipun umur aku pun dah 34 tahun, jadi aku takutlah kalau-kalau susah aku nak mengandung pula.. Aku sebagai manusia hanya mencuba dan Allah SWT yang akan menentukannya.. Kita hanya tawakal dan berdoa setelah berusaha.. Tapi Alhamdulillah, Allah SWT telah berikan aku kebahagiaan yang tidak terhingga dengan cepat..