22 Ogos 2014

ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah hingga kini kandungan aku sihat dan sangat bergerak aktif..sememangnya aktif.. Aku hepi sangat bila baby aku gerak dengan aktif..tapi bila aku bercakap dengan baby aku, seolah-olah dia faham apa yang aku katakan.. Tapi orang cakap memang dalam minggu-minggu yang lebih dari 20 minggu ni baby kita akan dengar apa yang kita katakan.. Alhamdulillah,aku juga tak sangka Allah akan beri aku rezeki secepat ini..aku sangat bersyukur,hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika aku tahu yang aku mengandung. Dan aku tak sangka aku sangat subur, Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah kerana masih memberi kebahagian pada aku. Aku sebenarnya takut juga kerana umur aku tahun ni dah 34 tahun, aku tak pernah terfikir yang aku akan dapat dengan cepat tapi Alhamdulillah sekali lagi.. Allah tahu apa yang diimpikan oleh setiap makhlukNya..
Sebab sebelum aku nak nikah, aku ada mengamalkan makan B Complex with Folid Asid brand Shaklee tu. Makan setiap pagi selepas makan pagi. Tapi memang kena makan berterusan...

 Selain dari Shaklee ni, aku juga ada amalkan minum air yang bercampur madu, cuka kurma dan propolis gold. Ketiga-tiga ni aku campur dan tambah air. Jadi setiap pagi sebelum makan dan malam sebelum tido, aku akan minum air campuran ni dulu..aku amalkan setiap hari dan sebelum bernikah, asalnya aku nak bagi kitaran haid aku betul dan dalam masa yang sama kak Lina yang suruh aku amalkan minuman ni bagitahu, baik untuk rahim kita.
Madu ni lah aku makan


Haaa...ni cuka kurma yang aku campur
Ni lak propolis gold aku pakai..
Cara yang aku campur, 5 sudu makan cuka kurma, 5 sudu madu dan 4 titik propolis gold dan bancuh dengan air sedikit. Boleh dijadikan separuh botol minuman dengan campuran tu.pastu minum je tiap pagi dan malam.
Ini cara aku mencuba untuk kesihatan, lagipun umur aku pun dah 34 tahun, jadi aku takutlah kalau-kalau susah aku nak mengandung pula.. Aku sebagai manusia hanya mencuba dan Allah SWT yang akan menentukannya.. Kita hanya tawakal dan berdoa setelah berusaha.. Tapi Alhamdulillah, Allah SWT telah berikan aku kebahagiaan yang tidak terhingga dengan cepat..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan